Tuesday, December 24, 2024

SEJARAH PERSILATAN MELAYU DALAM KITAB PUSAKA SRI GAYONG PANGLIMA ULUNG

 HAKCIPTA: BLOG PANGLIMAULUNG.BLOGSPOT.COM



SEJARAH  PERSILATAN  MELAYU  DALAM  KITAB  PUSAKA


Adapun mengikut hikayat persejarahan lama dalam kitab khazanah persilatan Melayu di Tanah Melayu, Kitab Pusaka Sri Gayong Panglima Ulung ada menyebut tentang sejarah Silat Melayu Tanah Melayu adalah dibawa daripada amalan Ulama Sufi Islam dari benua Arab. Adapun tokoh utama mereka ada dua orang, walaupun yang lain tidaklah ditonjolkan nama mereka itu kerana mereka berdua itu dan rombongan adalah Ketua Panglima Besar Islam dan sahabat Rasulullah S.A.W yang datang ke Tanah Melayu melalui dua jalan utama dunia perdagangan antara Dua Benua, iaitu Benua Timur Tengah dengan Benua Asia (Sebelum dibuka terusan Suez).  Adapun mereka berdua itu bernama Panglima Saad. Satu yang melalui jalan pelayaran laut melalui Laut Arab, Tanjung Pengharapan dan Gujerat India/ Serindib (Sri Lanka), datang dari Habsah bernama akan dia  Panglima Saad bin Lubaid. Kerana Hubungan Dagangan Utama dengan Canton di Tenggara di China, Tanah Melayu telah menjadi persinggahan penting ditengah-tengah perjalanan dan utama jalan antara Arab-China.


Walaupun Kerajaan Melayu Melaka belum dibuka oleh Parameswara (Megat Iskandar Syah) dari Palembang, tetapi kerajaan Melayu tua telah wujud di beberapa tempat di sebelah utara iaitu Langkasuka, Patani ( Selatan Thailand), Bruas/ Manjung (Gangga Negara) di Perak, Kelantan Tua (Tanah Merah) dan Terengganu Tua (Besut/ Setiu). Di Melaka, walaupun masih belum wujud kerajaan tetapi telah ada perkampungan nelayan orang Melayu dan menjadi persinggahan perahu dan kapal layar penduduk tempatan, Nusantara dan pedagang antara Arab-China. Pedagang Islam membawa barangan daripada benua Asia untuk dijual di pasaran Eropah oleh Orang Itali. Tanah Melayu telah menjadi popular dikalangan orang Arab, China, India dan Nusantara sebelum kerajaan Melayu Melaka lagi. Adapun kedatangan Panglima Saad menyebarkan Islam ke alam Nusantara sehingga China pada abad ke-5 dan 6 Masihi. Ramai dikalangan mereka aliran mazhab Maliki. Orang-orang melayu di Perkampungan Nelayan mula tertarik dengan peribadi mulia dan persahabatan mulia rombongan Arab dan mula menganut Islam, walaupun kebanyakan pemimpin dan ketua negara mereka masih belum menerima Islam. Orang-orang Melayu mula mempelajari Islam dan amalan kerohanian/ kesufian daripada mereka itu secara bersembunyi-sembunyi. Kedua-dua  Panglima Islam r.a mendidik mereka tentang ilmu mempertahankan diri  sebagai persiapan mereka ke arah berkerajaan dan bernegara untuk masa akan datang.


Sementara di negara China pula orang China Islam dikenali sebagai “Hui-Hui”/ “Hwei Hwei” / “Ta- Shih”. Tempat pengajian dan tarbiah agama ini berlaku di Tanah Melayu di “Lima Pulau” yang disebut oleh orang China Islam sebagai “Wushu”. Orang Melayu Islam dari Tanah Melayu, Orang Islam dari India, Orang Islam China dan orang-orang dari benua arab berulang –alik  ke “lima pulau” di Tanah Melayu sebagai tempat pendidikan awal. Dengan ajaran kerohanian/ kesufian ini   dan seni mempertahankan diri ini di Tanah Melayu dikenali sebagai ilmu Persilatan atau ilmu “Gayong”. Ramai di kalangan pelajar ini menjadi Pendekar atau tentera kepada kerajaan Melayu. Orang China Islam memanggil ilmu perang “Wushu”. “Wu” bermaksud “Lima” dan “Shu” bermaksud “ Pulau-pulau”. Lima buah pulau menjadi pusat operasi pengembangan ilmu itu ialah: 1. Pulau Besar, 2. Pulau Serimbun, 3. Pulau Lalang, 4. Pulau Burung dan 5. Pulau Hanyut di hadapan Tanah Besar (Melaka). Berdasar kepada pedoman yang dinyatakan dalam pusaka tua ini, ianya berlaku antara tahun-tahun  53-54H/620-676 Masihi. Pada masa ini China berada di bawah pemerintahan Dinasti Tang (618-905M). Pada masa Dinasti Tang, pelayaran dan perdagangan orang China sudah sampai ke Teluk Parsi melalui Jalan Utama perdagangan di Tanah Melayu sekitar abad ke5-7Masihi. Penduduk di “Lima Pulau” adalah daripada pelbagai wilayah di Tanah Melayu lain seperti . Orang Melayu Tanah Melayu selain belajar di “Lima Pulau” juga membawa bahan-bahan untuk dagangan. Mereka itu dari Besut/ Setiu dan Batu Rakit dari pelabuhan kerajaan Terengganu Tua, dari kerajaan Patani dan Kelantan Tua, dari  Pulau Pangkor/ Lumut dari kerajaan Bruas/ Manjung di Perak, dari Muar (Johor-Riau Lingga), dari Kerajaan Langkasuka dan Kedah Tua, dari Palembang, Perlak-Pasai, dan lain-lain.


Sesuai dengan sistem jalan laut sebagai jalan perhubungan utama, Ilmu Gayong disebar luas oleh orang-orang laut yang menjadi kelasi kapal dagang. Persilatan atau ilmu Gayong yang dikembangkan di pesisir pantai Tanah Melayu ikut aliran kesufian tempatan berunsur Burung/ dan hidupan air seperti Gayong Helang/ Rajawali/ Layang-layang/ Naga/ Jala (Silat Pulut/Pengantin)// Ikan Pari-pari  dan lain-lain. Bagi penduduk di kawasan darat dan tanah tinggi pula ilmu kegayongan yang popular ialah Gayong Harimau, Ular, Singa, Helang Putih, Helang Merah, Cencadak (disebut Sudu Senu di Kelantan , Terengganu: Besut/ Setiu), Halilintar dan lain-lain.


Setelah orang Maharaja China  pada masa Dinasti Tang menjalankan dasar buka pintu kepada pedagang asing, Orang Melayu pedagang disebut “Kiwi” bersama dengan Ulama’ Arab menduduki petempatan di Tenggara China di Kwang Chow (Canton), Chang Chow dan Chuan Chow. Ahli pelayaran Melayu yang mashor disebut Panglima Awang / Awang Dagang dari Terengganu.


Mengikut sejarah Islam di China, sejak Hidup Rasulullah S.A.W iaitu pada tahun 619/ 620 Masihi, Rasulullah S.A.W telah izinkan 101 muslimin dan muslimat berhijrah ke Habsyah di ketuai oleh Panglima Saad bin Lubaid. Kemudian Panglima Saad mengikut kapal belayar ke China (Canton)  pada 630/ 631M untuk menyebarkan agama Islam. Beliau dan rombongan telah singgah di Tanah Melayu sebelum ke Canton. Makam/ kubur Saad bin Lubaid terdapat di perkarangan Masjid di Kwang Tah Se di Canton. Disebut orang juga sebagai Saad bin Lubaid al-Habsyi yang pembantunya bernama Yusuf. Selain di Tanah Melayu mereka mengembangkan Islam di Chuan Chow, Chang Chow dan Canton. Mereka telah mendirikan Masjid di Canton iaitu Masjid Kwang Tah Se dan Masjid Chee Lin See.


Orang Melayu yang beragama Islam yang berhijrah ke China ada yang berkahwin dengan orang tempatan dikenali dengan puak “Hui-Hui” dan “Ta-Shih Kueh” dan “P’o-Si” iaitu keturunan Melayu-Arab-Parsi. Puak-puak ini bergabung pula dengan puak-puak China Islam seperti “Hui-Chi”, Ching Jen dan Ch’ing Jen Jiao. Ilmu persilatan Melayu atau “Gayong” di China dikenali sebagai “Wushu”. Ilmu ini berkembang bersama dengan konsep setiap orang Islam itu bersaudara melaui kahwin campur. Golongan pelayar dan pedagang Melayu yang mengikuti pelayaran Ulama’ Sufi Arab, Parsi dan India Gujerat/Cambay telah menyebarkan ilmu persilatan atau “Gayong” dikalangan orang-orang China Islam. Mereka para ahli pelayaran/ pedagang ini diberi kebenaran membuka perkampongan di Canton. Kelompok Melayu dan orang-orang Islam telah berkembang pesat di China sehingga dikenali dengan beberapa puak lagi seperti Da’-Syman, Mu-Su-Lu-Man dan Bu-Syu-Man.


Panglima Islam yang melalui jalan darat, Jalan Sutera Lama melalui Khurasan, Samarqand, Sinkiang dan terus ke Peking, seterusnya belayar  ke Tanah Melayu di Kerajaan Terenganu Tua (Besut/Setiu), kira-kira tahun 675Masihi. Panglima Islam ini telah meruntuhkan Dinasti Sassamiyah, Dinasti Parsi (kafir) terakhir dibawah pemerintahan Yezdegird III (632-651M). Islam telah menakluki Parsi pada 634-641M. Firuz (Pi-lu-su) anak Yezdegird dapatkan bantuan Maharaja Kao Tsung (627-650M) seterusnya menyerang Khurasan pada 651M tetapi pemberontakan itu telah dipatahkan oleh tentera Islam pimpinan Ahnaf bin Kais al-Tamimi. Firuz lari ke China. Akibat campurtangan China ke atas Kerajaan Islam Parsi, Khalifah Uthman Al-Affan R.A telah menghantar satu misi ketenteraan ke Changan kerana membantah bantuan China kepada Firuz. Ketua Rombongan itu ialah sahabat Rasulullah S.A.W, Saad Abi Waqas. Setelah melarikan diri dari Serangan tentera Islam, Firuz berkhidmat sebagai Kapten Pengawal Maharaja China pada tahun 674M. Kedatangan Rombongan Panglima Saad bin Abi Waqas juga diterima baik oleh Maharaja China dan Islam dibenarkan disebar-kembang di negara China. Justeru itu Saad Abi Waqas tidak menyerang negara China tetapi sebaliknya belayar ke Tanah Melayu kira-kira pada 675Masihi ke Besut/ Setiu  Terengganu melalui pelabuhan Batu Rakit dan  di “Lima Pulau” mengembangkan ilmu Islam dan siasah-perang.  Beliau pulang kembali dan Saad Abi Waqas ke rahmatullah/wafat pada 55H/bersamaan 677/678M di makamkan di Madinah.


Ramailah orang Melayu Terengganu menganut Islam sehingga wujud satu Legenda Ilmu Perang “Tok Syeikh Serban Kuning dan Tok Syeikh Serban Hijau” di Besut/ Setiu di Terengganu.


Pada masa perkembangan Islam dibawah Khalifah Umaiyyah, Rombongan Islam juga sampai di Tanah Melayu. Persilatan pada masa itu dikenali sebagai Kumpulan Gayong “Semutar Putih” dan kumpulan ini bersama-sama rombongan Umaiyyah ke negeri China di kenali sebagai Puak “Ta-Shih” kerana mereka berjubah putih. Apabila Kejatuhan Kerajaan Umaiyyah kepada Abassiyah, Tanah Melayu juga mengalami perubahan dengan kemunculan  Pendekar “Semutar Hitam” kerana panglima Abassiyah berjubah hitam. Pada masa Khalifah Al-Walid (705-715M) dibawah pimpinan Panglima Qutaybah bin Muslim, orang Melayu juga bersama menguasai Sinkiang sehingga Kansu, tetapi tidak meneruskan peperangan sebaliknya menukar strategi diplomatik dengan Maharaja Hsuan Tung (713-756M). Ketika di bawah pimpinan  Panglima Hisyam bin Abd. Malik (724-743M). Orang Melayu juga mengikuti rombongan Abbasiyah ke China dikenali sebagai puak “Ta-Shin” atau “Heh-i-Ta-Shih”.


Pada masa pemerintahan Islam Abbasiyyah (751M) tentera Islam bertembung dengan tentera China dibawah pimpinan Kao Hsien-Chih, Tentera Abbasiyyah menang dan seluruh Asia Tengah dikuasai oleh Islam. Selepas itu, bidang ketenteraan di China pada masa pemerintahan Kerajaan Dinasti Tang dikuasai oleh orang Islam.


Maharaja  China, Su Tsung (756-763M) yang menggantikan bapanya Hsuan Tsung meminta bantuan tentera Islam  “Wushu” iaitu gabungan Arab-Parsi-Melayu-Cina Islam dibawah pimpinan  Panglima Abu Muslim (Abbasiyyah) atau disebut Panglima Agong akibat pemberontakan  Jeneral An Lu-Shan. Kumpulan Melayu menamakan mereka para pendekar “Semutar Hitam”  di ketuai oleh “ Panglima Hitam”. Maharaja Su Tsung berjaya menawan kembali kota Si-ngan-fu (Sianfu) dan Ho-nan-fu (Hananfu) dengan bantuan orang-orang Islam termasuk kumpulan pendekar “Semutar Hitam”. Mereka ramai kahwin dengan penduduk tempatan  dan tinggal di sekitar Kansu dan Shensi. Ramailah orang Islam berhijrah ke China termasuklah orang-orang Melayu pada masa pemerintahan Maharaja Choon pada tahun 814-847M.


Orang-orang Islam di China termasuk keturunan Melayu telah mengalami detik sejarah hitam paling pahit apabila terpaksa lari keluar dari negara China akibat masalah agama dan perkauman di China bila orang-orang Islam tidak menyertai perayaan Kebesaran China dan Upacara rasmi telah dipolitik dan propaganda anti asing pada 876M akibat kebangkitan di Tenggara China pimpinan Hwang Chau. Orang Islam tewas dan melarikan diri daripada serangan orang puak “Han” ke Tanah Melayu, Palembang dan Campa. Kemudian menjadi titik tolak perkembangan Islam  penyebaran ilmu persilatan Melayu (Gayong)  atau “Wushu” di Campa (Vietnam) dan Palembang (kemudian meruntuhkan kerajaan Sri Wijaya).


Pada tahun 906M, Dinasti Tang jatuh. Hubungan dengan orang Islam merosot dan wujud dinasti-dinasti kecil, tetapi disatukan oleh Dinasti Sung (960-1279M). Hubungan China dengan orang Islam termasuk dengan orang-orang Melayu semakin baik. Perdagangan Kemenyam, gaharu, minyak wangi, buah zaitun, kurma arab, permaidani, gading gajah, minyak atar, batu permata, mutiara dan pedang kembali menggalakkan. Saudagar Melayu dan Arab kembali bertapak semula di China. Ketua orang  pedagang Islam di China amat mashur disebut “Pu Shou Keng” keturunan Arab-Melayu dilantik oleh Maharaja Sun Yu sebagai Pesuruhjaya Cukai dan berjaya menghapuskan lanun di sekitar perairan Fukien. Namun begitu “Pu Shou Keng” telah menyokong Kublai Khan menyerang China untuk mengembang kembali Islam di China. Orang-orang Islam bersatu menjatuhkan Dinasti Sung di Utara untuk mengangkat puak Genghis Khan (1162-1227M). Namun begitu, bahagian selatan Sungai Yang Tze masih di kuasai oleh Kerajaan Sung Selatan hingga tahun 1279M. Apabila tentera Mongol dibawah pimpinan Kublai Khan dengan bantuan orang-orang Islam “Wushu” telah berjaya menguasai seluruh China dan membentuk Dinasti Yuan (1279-1368M), ibukotanya di Khanbalik (Sekarang Peking). Masalah timbul bila cendikiawan China tidak mahu bekerjasama membangunkan kerajaan dibawah Dinasti Yuan. Kerajaan Yuan terpaksa mempelawa bijaksana Islam dari luar China termasuk di Alam Melayu untuk membangunkan negara China. 12 orang gabenor beragama Islam telah dilantik. Ketua Pemungut Cukai ialah Abdul Rahman (1244M). Kublai Khan telah melantik seorang Menteri Kewangan bernama Syed Umar Syamsuddin di kenali Syed Ajal atau orang China menyebut Say Dian Chih ( Sai T’ien-Chih). Pada 1259 di angkat menjadi Gabenor wilayah Yunan serta mengislamkan penduduk Yunan. Syed Umar tadi di gelar Putera Hsien Yang, menerima anugerah tertinggi kerajaan Yuan. Meninggal dunia pada 1279M. Sebagai mengenang jasa beliau, orang China telah membina tokong khas.


Seorang lagi tokoh Islam  “Wushu” berjasa di China ialah Ahmad al-Fanaqati dilantik pada masa Dinasti Yuan sebagai Pegawai Kewangan, menyebabkan kedudukan kewangan China Mantap. Marco polo pernah menyebut dalam catatannya, pengaruh Ahmad amat kuat dan dicemburui oleh pembesar-pembesar China yang lain seperti Chien Hu dan Wan Hu. Ahmad kemudian dibunuh. Kematian Ahmad memperorak perondakan matawang dan perbendaharaan Negara China sehingga wang kertas hampir tidak laku sehingga tahun 1311M percetakan wang kertas diberhentikan. Sebahagian besar tentera Mongol menganuti Islam dan mempelajari Warisan ilmu “Wushu” termasuk Ahnan Da, Gabenor An Si beserta 150,000 orang menganut Islam. Panglima Islam “Wushu” yang amat mashor yang menggantikan Say Dian Chih ialah anaknya, Nasruddin, yang berjaya mempertahankan Yunan daripada serangan Burma di bawah Raja Narathihapate. Tentera Burma cuba menceroboh masuk ke Yunan pada 1287M tetapi dapat dikalahkan oleh tentera pimpinan Nasruddin dan para pendekar “Wushu” di Lembah Vochang. Tentera Burma ketika itu berjumlah 60,000 orang termasuk tentera bergajah. Tentera Nasruddin dan pendekar “Wushu” hanya 12,000 orang sahaja. Ahli teknologi pada zaman Dinasti Yuan ialah Alauddin al-Mufari (A-lao-wa-ting) dan Ismail al-Syam (I-ssu-ma-yin), pakar membuat meriam termashur kemudian mengembangkan ke Melayu Campa dan Melayu Patani. Alauddin kemudian dilantik sebagai wakil Panglima Perang dan Ismail sebagai Ketua penyelia Kilang Meriam.

Seorang pereka cipta takwim China dikatakan keturunan Melayu iaitu Wan-Nien-Li (Wan Nik Li). Takwim itu menjadi takwim rasmi China pada 1281M. Dinasti Yuan bertahan selama 90 tahun di China.


Rasa tidak puashati kepada orang mongol telah menyebabkan satu gerakan pakatan pendekar Islam Wushu dengan rakyat China tempatan bagi menjatuhkan Dinasti Yuan. Kebangkitan seorang pemuda Islam dari Wilayah Selatan Sungai Yang Tze dengan bantuan puak Han bagi membolehkan negara China di perintah oleh orang China sendiri. Tentera Wushu memberontak yang di sebut sebagai Kebangkitan “Serban Merah” melancarkan jihad dipimpin oleh pemimpin orang Islam seperti Kok Tze Hin, Chu Yuan Chang, Ratu Ma, Chang Yui Chong, Hu Dah Hai, Ten Yu, Lan Yui, Mung Ying dan Tang Ho (semua pendekar Wushu Islam) merupakan zaman kebangkitan orang-orang Islam dipimpin oleh Jeneral dari Feng Yang dengan nama chinanya Kuo-Tzu-Hsing (Kok Tze Hin). Setelah kematian Kok Tze Hin, pimpinan disandang oleh anak lelakinya Kok T’iien –Shu, kemudian menantu angkatnya Chu Yuan Chang (1328-1389M). Chu Yuan Chang keturunan Semu (Semitik) mengistiharkan dirinya sebagai Maharaja Ming yang pertama dengan gelaran “Maharaja Hung Wu”. Dinasti Ming adalah dinasti pemerintahan beraja Islam (Ibrahim T.Y Ma,1979:124-135). Permaisurinya Ratu Ma Hon (1332-1382M) memang sah Islam berasal  dari keluarga Ma di An Hui, walaupun tidak dijelas secara terperinci oleh ‘ The Cambridge History of China’ . Ketika berlaku pemberontakan, Putera Chang Chu menentang anak saudaranya, Maharaja  Kien Wen. Cucu Chu Yuan Chang, iaitu kien Wen telah melarikan diri ke Makkah. Walaupun amalan confucianisme dibenarkan dalam istana tetapi agama Islam merupakan anutan keluarga Diraja.


9 orang Panglima Islam Wushu yang bergabung dengan Chu Yuan Chang ialah;

1.      Hsu Tah (1331-1385M)

2.      Ch’ang Yu-Chun (1330-1369M)

3.      Li Wen-Chung (1339-1384M)

4.      T’ang Ho (1325-1395M)

5.      Teng Yu (1336-1377M)

6.      Hu Tah-hai (1367M) dari Ssu Shi

7.      Hua Yun (1321-1360M) dari Huaiyuan

8.      Ting The- Hsing (1367M) dari Ting Yuan, dan

9.      Mu Ying (1344-1392M)

(Sumber Yusuf Chang:1988:8-9)


    Tindakan awal Chu Yuan Chang setelah menawan Nanking ialah mendirikan sebuah masjid jamik dan mencipta sebuah sajak memuji Rasulullah s.a.w. Masjid itu dinamakan Masjid Chin Juieh (Masjid pencerahan murni). ‘Ming’ membawa maksud ‘gilang gemilang’ atau terang benderang mengambil sempena tindakan Rasulullah ketika mula sampai ke Yathrib pada 622M, telah menukarkan nama nama kota itu kepada Madinah al-munawarah membawa maksud “kota gilang gemilang. Catatan dalam dinasti  Ming tentang Cheng Chu adalah Maharaja Yung Lo (beragama Islam)  telah mengharamkan  penternakan dan penjualan babi/khinzir. Di catat dalam sejarah bahawa Pahlawan “Wushu” yang mashor iaitu Laksamana Muhammad Ma Ho atau lebih dikenali dalam sejarah Melaka sebagai Laksamana Cheng Ho, merupakan seorang Islam di Yunan. Masa Muda telah ditawan oleh Keluarga Ming dan diserah kepada Cheng Chu. Beliau telah berkhidmat dengan Cheng Chu sehingga ditukar nama kepada Putera Cheng  Ho setelah Laksamana Cheng Ho membantu Putera Cheng Chu merampas kuasa daripada Maharaja Kien Wen (1398-1403M). Laksamana Cheng Ho telah dilantik memimpin armada laut China. Putera Cheng Chu di gelar Maharaja Yung Lo.  Laksamana Cheng Ho telah memimpin angkatan armada laut China keluar ke laut selatan dan barat dengan 62 buah armada besar  melalui Selat Melaka pada 1405M, tetapi tidak singgah di Melaka. Laksamana Cheng Ho keluar belayar melalui Selat Melaka sebanyak 8 kali. Pelayaran keduanya pada 1405-1424M. Semasa pelayaran balik ke China pada 1407-1409M dan pelayaran ke-4 (1413-1415M), Laksamana Cheng Ho telah singgah di Melaka.  Sebagai persaudaraan Islam tanda persahabatan, Laksamana Cheng Ho telah mempelawa Sultan Megat Iskandar Syah, Sultan Melaka pertama yang menerima Islam mengikutnya ke China untuk menziarahi Maharaja Islam China iaitu Maharaja Yung Lo. Sultan Megat Iskandar Syah telah memperkenan permintaan Laksamana Cheng Ho untuk menziarahi Maharaja Yung Lo. Pembantu Laksamana Cheng Ho ketika itu ialah Laksamana Muda Heo Shien (Hussin) berasal dari Tanah Melayu. Wallahuaklam.

          


Sambungan Sejarah Persilatan Melayu dalam

 Kitab Pusaka Perguruan PSS Sri Gayong Panglima Ulung.

“MARI KITA BERTAFAKUR DAN MELIHAT KEMBALI KEHEBATAN ORANG MELAYU YANG TERBILANG”

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Kasihani”

Pada  pendedahan sejarah yang lalu ada menyebut bahawa…,


Orang-orang Islam di China termasuk keturunan Melayu telah mengalami detik sejarah hitam paling pahit apabila terpaksa lari keluar dari negara China akibat masalah agama dan perkauman di China bila orang-orang Islam tidak menyertai perayaan Kebesaran China dan Upacara rasmi telah dipolitik dan propaganda anti asing pada 876M akibat kebangkitan di Tenggara China pimpinan Hwang Chau. Orang Islam tewas dan melarikan diri daripada serangan orang puak “Han” ke Tanah Melayu, Palembang dan Campa. Kemudian menjadi titik tolak perkembangan Islam  penyebaran ilmu persilatan Melayu (Gayong)  atau “Wushu” di Campa (Vietnam) dan Palembang (kemudian meruntuhkan kerajaan Sri Wijaya).

Adapun saya mahu menyentuh tentang Orang-orang keturunan Melayu-Arab Islam yang berhijrah dari Negara China ke Campa. Mereka membuka perkampungan Melayu-Arab Islam. Dua tokoh besar dalam sejarah Persilatan Melayu ialah zuriat daripada kelompok ini bertaraf ulama yang disegani di Alam Melayu Nusantara, ialah Sunan Ampel dan Sunan Syeikh Maghribi  yang kemudian berhijrah ke Indonesia. Mereka berdua adalah pewaris ilmu Gayong Panglima Ulung pada zaman itu yang kemudian bersama Sunan Bonang (anak Sunan Ampel: Makhdum Ibrahim) dan Sunan Giri: Raden Paku, adalah anak kepada seorang ulama berasal dari Melaka iaitu Maulana Ishak ( Murid Syeikh Abdul Aziz, Ulama Besar di zaman kegemilangan Empayar Melaka). Mereka adalah menerima warisan ilmu yang sama  sebagaimana Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah semasa di Melaka. Syeikh Abdul Aziz, Ulama Besar Melaka juga telah membawa pendekar- pendekar Melayu dari Tanah Melayu ke Negara China bagi membantu dan mengukuhkan kedudukan Maharaja Yung Lo dan pemerintah Dinasti Ming seterusnya (pemerintahan Islam di China semasa Dinasti Ming) dan menyebarkan agama Islam  selepas era sahabat Rasulullah S.A.W, Panglima Saad Abi Waqas dan Panglima Saad bin Lubaid Al-Habsyi di Negara China. Peranan Syeikh Maghribi yang membentuk Gerakan Wali Songo bersama Sunan Ampel dan zuriatnya  Sunan Bonang dan Sunan Giri yang pada mulanya menelaah ilmu di Melaka tidak boleh dinafikan oleh semua pengkaji sejarah Islam di Nusantara. Selepas zaman sahabat Rasulullah S.A.W, Syeikh Abdul Aziz Ulama Besar Melaka yang telah menyebarkan, menitikkan khazanah ilmu Gayong Panglima Ulung kepada murid-muridnya yang kemudian  diangkat sebagai Ulama Nusantara selepasnya. Walaupun Syeikh Abdul Aziz sebagai ketua Ulama Melaka pada masa itu, peranan ulama lain tidaklah kecil, sebaliknya mereka bergabung tenaga melancarkan gerakan dakwah ke seluruh Asia Tenggara dan melalui siasah politik dan ilmu peperangan, maka terbentuk beberapa kerajaan Melayu Islam yang lain termasuk, Aceh dan Demak. Walaupun di zaman empayar Melaka, nama Sunan Bonang dan Sunan Giri tidaklah dikenali kerana mereka pada masa itu adalah masih berstatus pelajar sedangkan Tun Perak adalah Bendahara dan Hang Tuah adalah Panglima/ Laksamana Besar di dalam Kerajaan Empayar Melaka.


Adapun dalam Kerajaan Melayu Melaka, Gelaran “Hang”, “Makhdum”, “Khauja” dan “Maulana” adalah bagi darjah kebesaran Tertinggi yang diAnugerahi oleh Sultan Melaka bagi Kerajaan Adat Temenggung yang setaraf dengan darjah “Tun”. Hang juga bagi Darjah Kebesaran yang dianugerahi oleh Baginda Sultan Melaka. Sistem Hirarki Pemerintahan Melayu Melaka mengamalkan sistem Pembesar Empat Lipatan. Empat pembesar yang Hirarki paling kanan membantu Baginda Sultan ialah: Bendahara, Temenggung, Penghulu Bendahari dan Panglima / Laksamana. Mereka berempat ini diberi Usungan oleh Baginda Sultan. Hanya Hang Tuah sahaja yang merupakan penyandang Pertama jawatan Laksamana/ Panglima yang diberi Usungan yang membawa maksud kedudukan jawatan telah diangkat setaraf dengan jawatan Bendahara, Temenggung dan Penghulu Bendahari. Bahkan hanya Hang Tuah yang menaiki jawatan tertinggi itu berasal dari kalangan rakyat biasa ( bukan kelompok elit) disebabkan kemahiran khusus dalam ilmu siasah peperangan dan kemahiran ilmu Persilatan (Gayong) yang Tinggi. Kenaikan jawatan tinggi disisi Baginda Sultan membuatkan pembesar- pembesar lain iri hati, cemburu dan menyimpan dendam untuk menjatuhkan Hang Tuah agar tidak lagi menjadi orang kesayangan Sultan. Hanya Bendahara Tun Perak yang menyayangi Hang Tuah kerana sebelum Jawatan Laksamana diwujudkan, jawatan Ketua Hulubalang adalah dibawah Bendahara dalam Hirarki pembesar Melayu Melaka. Pemilihan untuk memegang Ketua Hulubalang juga dipilih oleh Bendahara dengan mendapat persetujuan Baginda Sultan Melaka.  Pemerintah Tentera Darat/Laut, Panglima  di darat dan Laksamana dilaut: Kedua-dua Jawatan Tertinggi tentera Melayu ini di sandang oleh Hang Tuah. Sebelum jawatan Panglima/ Laksama diwujudkan, Jawatan Ketua Pemimpin Tentera Melayu ketika itu ialah Ketua Hulubalang (Lubalang). Sebelum Hang Tuah menjadi Pemimpin Tentera Melayu, jawatan Ketua Hulubalang berkenaan disandang oleh Tun Perak. Kehebatan Tun Perak juga tiada tandingan sehingga mampu mengalahkan angkatan tentera Siam (satu kuasa Tentera Yang Kuat ketika itu). Tun Perak berasal dari Klang, Selangor (juga dalam empayar Melaka) yang memegang jawatan sebagai Penghulu Klang, sebelum diambil berkhidmat dengan Baginda Sultan Melaka. Makhdum dan maulana bagi gelaran tertinggi dalam Kepimpinan Hal Ehwal Agama Islam atau bertaraf ulama (mahir tentang rujukan hukum dan seorang sufi Allah) dan amat disegani dalam masyarakat yang mengamalkan Hukum Adat Melayu Temenggung ketika itu.


Maulana Syeikh Maghribi, Sunan Ampel, Sunan Bonang dan Sunan Giri telah berhijrah ke Indonesia dan membuka pusat pendidikan Islam secara pondok/ Pasentren dan mengembangkan ilmu-ilmu agama dan warisan Gayong Panglima Ulung yang dipelajari di Melaka ke Indonesia. Murid  Sunan Bonang yang paling mashor ialah Sunan Kalijaga. Dalam Gerakan Wali Songo, Ulama-ulama ini telah mengajarkan Raden Fatah beberapa kelebihan ilmu, yang akhirnya menjadi Sultan Islam Demak pertama yang dahulunya dibawah Kerajaan Majapahit.


Dalam sejarah Indonesia ada menyebut:

Sunan Maulana Malik Ibrahim (also Syeikh Maghribi) was an Arab who arrived in Java in 1404 and worked at Gresik and Leran until his death in 1419. He founded the first Islamic school or pesantren on Java. Cousin of Sunan Ampel. His work was carried out before the time period normally associated with the wali songo, making him a kind of pioneer for missionary activity on Java.

Sunan Ampel (also Raden Rakhmat) who did his work in Surabaya, and spread Islam in East Java. Sunan Ampel was the original leader of the walisongo. He was a nephew of the King of Majapahit, and a cousin to Raden Patah, first Sultan of Demak. He was actually born in Champa, an Islamic kingdom located where the southern part of Vietnam is today. Sunan Bonang and Sunan Drajad were both his sons. Sunan Giri lived with him alongside his sons as a young man.


Sunan Bonang, son of Sunan Ampel, wrote a popular book on theology and good behavior for Muslims. As a young man he studied with Sunan Giri in Melaka. He helped build the great masjid at Demak. A story says that he converted the later Sunan Kalijogo to Islam. He is buried at Tuban.


Sunan Kalijogo, (also Raden Sahid), was active at Demak, student of Sunan Bonang, advisor to Senopati, father to Sunan Muria. He revived the Garebeg procession, added Islamic stories to the wayang kulit repertory, and promoted the use of traditional rituals in a new Islamic context. The IAIN (Islamic Institute) in Yogyakarta today is named after him. At times Sunan Kalijogo has been called a proponent of innovation ("innovation" in orthodox Islam is generally considered not proper).


Stories of Kalijogo also follow confused chrnologies. Some have him participating in the construction of the Masjid at Demak in the 1470s; others have him active in the mid-1500s.


Sunan Muria, (or Raden Umar Said), son of Kalijogo, after whom Mount Muria is named, and who used gamelan and theatre to help promote his missionary activity. He preferred to work with common people and in isolated villages.


Sunan Gunungjati worked at Demak and Banten, and was the founder of Cirebon. Many stories say that he was originally from Pasai in Aceh, others say that he was from Pajajaran in West Java. He married the sister of Sultan Trenggono of Demak, and led military expeditions for Demak against Banten (which was still Hindu at that time). As "Fatahillah" he defeated the Portuguese when they tried to take Sunda Kelapa (now Jakarta) in 1527.


Sunan Giri, (or Raden Paku), studied at Melaka, founded Islamic schools at Gresik, foretold the rise of Mataram, and spread Islam to Lombok, Sulawesi, and Maluku. He was a proponent of orthodox Islam, and disapproved of innovation (much like "modernist" Islamic scholars of the 1800s and 1900s). A traditional story says that he was the son of a Hindu princess of Balambangan and Maulana Ishaq of Melaka, who had gone to Balambangan as a missionary. The princess was forced to abandon him in a crisis and set him adrift on the ocean in a small boat, from which he was rescued by sailors. He was later a student of Sunan Ampel, and married the daughter of Sunan Ampel.


Sunan Drajad was a son of Sunan Ampel. He built the masjid at Paciran (north of Surabaya) in 1502, and is known for promoting social and charitable works. He also promoted the use of the gamelan orchestra.

Sunan Sendang worked at Paciran until 1585.


Sunan Ngudung (or Pengulu Rahmatullah) who did his work in Matahun, and died in battle against the Hindu remnants of Majapahit in 1513. He was the father of Sunan Kudus.

Raden Hamzah (or Sunan Lamongan) who did his work in Lamongan.


Maulana Ibrahim Asmoro was the father of Sunan Ampel. He is buried at Palang near Tuban. He was married to a princess of Champa, in what is now Vietnam, and may have originally been from Central Asia.


Sunan Bayat who did his work around Tembayat, near Yogya. He was a student of Sunan Kalijogo.

Sunan Bejagung who did his work near Tuban.


Syekh Sitti Jenar (also Syekh Lemah Abang) who was sentenced to death for his strong religious convictions, which were considered by some to be heretical.


Raden Patah, founder of Demak, is sometimes included in the list. Raden Patah was the son of Kertanegara by a Chinese princess, and was brought up by Aria Damar, his half-brother, who had been sent to oversee Palembang with the title of Adipati, and was said to be a Muslim in secret. He consulted closely with Sunan Ampel before continuing on to found the city and power of Demak. Raden Patah is a "link" between the line of the old Javanese kings (such as Airlangga or Hayam Wuruk), the later Sultans of Mataram (such as Agung), and the present-day Sultan of Yogya and Susuhunan of Surakarta.

(Sunan Kuning came much later, was named Susuhunan of Mataram by rebels in 1742, is remembered in Semarang).


Many stories of the Wali Songo are recorded in the Babad Tanah Jawa (Chronicles of the Land of Java), written in the mid-1600s.


Rujukan bagi bukti sejarah Indonesia;

http://www.gimonca.com/sejarah/walisongo.shtml


Adapun tokoh yang amat mashor yang mempunyai zuriat yang ramai dikalangan ulama bagi pesilat/ pendekar/ Panglima  Melayu-Arab  yang lari dari Negara China ke Negara Campa ( sekarang Vietnam) ialah keturunan Maulana Malik Ibrahim, di Melaka dikenali dengan nama Syeikh Ibrahim bin Abar Al- Hadhrami bin Syed Jamaluddin Al-Kubra, kadang-kadang juga disebut gelar sebagai Syeikh Maghribi. Sebahagian rakyat menyebutnya Kakek Bantal ( di Indonesia). Ia bersaudara dengan Maulana Ishak, ulama terkenal di Samudra Pasai (Aceh) yang datang dari Empayar Melaka bumi bertuah, murid Ulama Melaka yang mashor iaitu Syeikh Abdul Aziz, sekaligus ayah dari Sunan Giri (Raden Paku). Syeikh Ibrahim atau Maulana Malik Ibrahim atau Syeikh Maghribi (adalah orang yang sama) dan Maulana Ishak adalah anak dari seorang ulama Persia, bernama Maulana Jumadil Kubro ( di Melaka disebut Syed Jamaluddin Al-Kubra), yang menetap di Samarkand. Maulana Jumadil Kubro diyakini sebagai keturunan ke-10 dari Saidina Husein, cucu Nabi Muhammad saw. Maulana Malik Ibrahim pernah bermukim di Campa, sekarang Kamboja ( Vietnam), selama tiga belas tahun sejak tahun 1379M. Ia malah menikahi putri raja, yang memberinya dua putera. Mereka adalah Raden Rahmat (dikenal dengan Sunan Ampel) dan Syed Ali Murtadha atau di Indonesia di kenali sebagai “Raden Santri”. Dari Campa singgah di Melaka  menjalankan misi dakwah di negeri itu. Seterusnya tahun 1392 M, Maulana Malik Ibrahim berhijrah ke Pulau Jawa meninggalkan keluarganya kerana amanah agama.



Adapun saya mahu memanjangkan sejarah Syed Ali Murtadha (di Indonesia dikenali sebagai Raden Santri) merupakan saudara kandung Sunan Ampel yang bapa mereka adalah Maulana Malik Ibrahim atau Syeikh Ibrahim atau Syeikh Maghribi. Syed Ali Murtadha semasa di Johor menumpang di rumah “Laksamana Kota Tinggi” dan berkahwin dengan “Wan Teja” anak Laksamana Kota Tinggi sebelum belayar ke Kerajaan Melayu Pattani menumpang pula di rumah Mekong Damit, Kampong Bira pada tahun lebih kurang 1640M. Kerana Peribadi mulia di Pattani di gelar sebagai “Faqih ‘Ali”. Beliau telah mengasaskan persilatan warisan “Gayong Faqih”, nama di alam kebatinan yang hebat. Syed Ali Murtadha di Negara Pattani (Selatan Siam) di kenali sebagai Syeikh ‘Ali Al-Malbari dan dikalangan orang Bugis dan Johor/ Muar di kenali sebagai Andi’ Ali.


Semasa di Johor Syed Ali Murtadha atau Syeikh ‘Ali Al-Malbari atau Andi’ Ali berkahwin dengan “Wan Teja” mempunyai seorang anak yang dikenali sebagai Syeikh Shafiyuddin Dato’ Pujuk 1 bergelar “Tok Raja Faqih”, pemerintah Kerajaan Melayu Pattani ( Selatan Siam). Kehebatan ilmu persilatan Syeikh Shafiyuddin Dato’ Pujuk 1 tiada tandingan pada zaman Kerajaan Melayu Pattani, sehingga lagu gendang silat Pendekar Melayu zaman sekarang masih ada lagu JOK-1, JOK-2 dan JOK-3. Lagu-lagu gendang silat berkenaan adalah asalnya gendang tentera (pendekar-pendekar)  kerajaan Melayu Pattani dan dibawa dan diajar kepada pendekar-pendekar di Kelantan. Di Pattani Syed Ali Murtadha berkahwin dengan Cik Dewi anak Seri Bija Diraja. Dalam Sejarah Terengganu Syed Ali Murtadha juga dikenali dengan nama “Faqih Ali Malbari”. Ramai zuriat Syed Ali Murtadha ini di negeri Pattani, Kelantan dan Terengganu, bahkan berada di seluruh negeri negeri-negeri Melayu. Nama beliau di Kelantan pula ialah “ Syeikh ‘Ali Al-Malbari. Seorang anak Syeikh Shafiyuddin ( Tok Raja Fakih) bernama Wan Muhammad yang anaknya bernama juga “Faqih ‘Ali” seperti nama moyangnya Syed Ali Murtadha. Faqih Ali bin Wan Muhammad inilah penulis kitab/ buku “Tarikh Pattani” atau dikenal “Tuan Tulis Pattani”. Faqih ‘Ali bin Wan Muhammad adalah pembesar Kerajaan Melayu Pattani yang dikenal sebagai Datuk Maharajalela di Pattani. Semasa perang Siam-Pattani, Faqih Ali belayar mencari bantuan kerajaan Sulawesi pada tahun 1632M, dan kembali tetapi singgah dan tinggal di Semenanjung Tanah Melayu. Faqih Ali bin Wan Muhammad bin Syeikh Shafiyuddin ( Tok Raja Faqih) adalah saudara kandung kepada Ibrahim Datu Kelantan IV bergelar Ong Chai Nyek Ong Brohim Po Nrop (1632-1637M) di Campa. Menjadi raja di Campa pada tahun 1637-1684M.  Wan Muhammad, ayah kepada Faqih ‘Ali juga dikenali sebagai  Syeikh Abdul Muzaffar Waliullah di Tanah Melayu. Keturunan mereka inilah ramai yang menjadi ulama-ulama dan tokoh-tokoh utama di Kerajaan Pattani, Kelantan dan Terengganu. Keturunan mereka ini termasuklah ulama Melayu Nusantara seperti Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani, juga merupakan Panglima Besar kerajaan Melayu Pattani di zaman itu. Selain itu nama ulama dan tokoh hebat lain ialah Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim dari Pattani berhijrah ke Bukit Bayas, Terengganu yang kemudian juga menjadi Ulama di negeri Terengganu. Syeikh Abdul Muzaffar Waliullah di Tanah Melayu dikatakan bersaudara kandung dengan Syarif Hidayatullah / Sultan Babullah yang dikenali sebagai Sunan Gunung Jati di Indonesia. Jadi Ulama-ulama dan Sultan-sultan Banten di Indonesia adalah keturunan mereka jua. Syeikh Abdul Muzaffar Waliullah di Tanah Melayu dan Sunan Gunung Jati di Indonesia adalah keturunan Sultan Abu Abdullah ‘Umdatuddin atau nama lain ialah Wan Abu Alias atau Wan Bo (Bo Teri Teri) atau nama lain Maulana Israil ( Raja Campa yang memerintah pada tahun 1471M). Ayahnya ialah ‘Ali Nur Alam.


Sultan Abu Abdullah ‘Umdatuddin atau nama lain ialah Wan Abu Alias atau Wan Bo (Bo Teri Teri) atau nama lain Maulana Israil ( Raja Campa yang memerintah pada tahun 1471M) jugalah mengasaskan kerajaan Patani yang terletak di kepulauan Halmahera, Kepulauan Maluku, Indonesia.


Jelaslah kepada kita semua, keturunan Ulama, Panglima Perang, Kesultanan dan Warisan Keilmuan Agama Islam dan ilmu Persilatan Melayu di Nusantara adalah dari satu Pokok yang sama pada asalnya, kemudian hingga hari ini terpecah dengan rantaian yang kusut jika tidak kembali ke punca asal sejarah Persilatan Melayu yang saya perturunkan ini. Ingatlah anak- anak Persilatan nama Perguruan apapun kamu kita asal dari “Satu” ilmu iaitu ilmu Gayong Panglima Ulung.

Jangan biarkan anak-anak yang tidak tahu asal usul Persilatan Melayu bermusuh sesama sendiri. Saya Al- Faqir Guru Utama Pss Sri Gayong Panglima Ulung sudah lama menyimpan khazanah Sejarah Persilatan Melayu ini dan kini sudah sampai masa saya yang dhaif membuka rahsia ini agar anak- anak Persilatan tahu asal usul dan tidak berpecah-belah lagi. Bukan hasrat saya yang faqir lagi hina ini meminta anak- anak Persilatan semua datang  menyertai Perguruan hamba yang lemah ini, tetapi adalah untuk menyampaikan amanah yang terdapat dalam khazanah ini untuk di ketahui oleh semua ahli-ahli Persilatan sama ada di Malaysia mahupun Indonesia dan Nusantara Umumnya. Tahulah asal Ilmu Kita bagaimana Punca Mulanya.



KETURUNAN ANDI’ ‘ALI/ FAQIH ‘ALI AL-MALBARI


(Yang diketahui sahaja)

1.Wan Derahman

2.Wan Namah

3.Wan Nik (Dato’ Wan)

4.Wan Siti

5.Syeikh Shafiyuddin

6.Nik Din Menteri lagi Pahlawan Bagi Dato’ Pujuk 1

7.Wan Ismail Tok Kaya Pandak/Pendek

8.Tok Kaya Rakna Diraja

9.Wan Faqih Hussein

10.Wan Nguk (isteri Tok Kaya Banggul) atau Wan Ngah: Anak cucunya Wan Ahmad di Perlis

11.Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas, Terengganu bin Tok Wan Abdur Rahim bin Tok Wan Deraman bin Tok Wan Abu Bakar bin Wan Ismail Tok Kaya Pandak/ Pendek.

12.Syeikh Nik Mat Kecik ( penyusun Kitab Mathla’ al-Badrain), meninggal di Mekah.

13.Syeikh Muhammad bin Wan Ismail bin Wan Ahmad bin Wan Idris bin Hj Wan Teh , ibunya Wan Nik/ Tok Wan Ti suaminya Zubeid/ Tok Wan Dahit.

14.Wan Nik bt Tok Wan Abu Bakar bin Wan Ismail Tok Kaya Pandak/ Pendek.

15.Hjh Wan Maryam (meninggal di Sekudai, Johor).

16.Hjh Wan Siti Saudah (meninggal di Pulau Penyengat, Riau)

17.Hjh Wan Zainab (meninggal di Pulau Midai, Riau)


Alhamdulillah, tenangnya hamba yang faqir ini setelah membongkar segala rahsia untuk manfaat Agama, Bangsa dan Negara Tercinta. Kita adalah bersaudara. Salam Persilatan untuk semua. Segala salah silap atau bahasa yang tidak baik, tiada elok adat dan adab saya pohon ampun dan maaf. Semoga generasi kemudian gembira dan berlumba-lumba belajar ilmu Persilatan Melayu yang terpelihara sudah berabad-abad lamanya. InsyaAllah jika ada kelapangan kita berjumpa lagi.


HAKCIPTA: BLOG PANGLIMAULUNG.BLOGSPOT.COM




Saturday, October 14, 2023

Silat Kalimah Malaysia

 

Cerita Lisan

Cerita ini disampaikan dari mulut ke mulut dan turut merujuk kepada rekod sahih peninggalan para guru yang bertanggungjawab mengembangkan ajaran Silat Kalimah.

Kisah ini bermula apabila ilmu seni Silat Kalimah ini diperturunkan oleh Syeikh Abdullah kepada Sultan Kedah yang dikenali dengan nama Sultan Muzaffar Shah. Ia telah dirahsiakan oleh Istana Kerajaan Kedah sehinggalah tiba kepada Sultan Ahmad Tajuddin yang telah bertanggungjawab menurunkan ilmu dan ajaran Silat Kalimah ini kepada panglima kanan beliau, iaitu Panglima Tok Ismail.

Panglima Tok Ismail pula menurunkan ilmu dan ajaran Silat Kalimah kepada Panglima Tok Ali dan Panglima Tok Hadi.

Panglima Tok Ismail akhirnya menurunkan ilmu dan ajaran Silat Kalimah ini kepada Panglima Tok Rashid.

Dan Panglima Tok Rashid merupakan panglima yang terakhir menerima ilmu Silat Kalimah sebelum beliau menurunkan ilmu ini kepada orang awam yang pertama, iaitu anak angkatnya yang bernama Tok Guru Yahya Said.


Hikayat Merong Mahawangsa

Merong Mahawangsa atau dikenali sebagai Maharaja Durbar Raja adalah Raja Kedah yang pertama. Berasal dari Tanah Besar Parsi yang kini dikenali sebagai Iran (berasal dari perkataan Aryan).

Pada asalnya, semasa dalam pelayaran, bahtera milik baginda telah karam dan mendarat di Kuala Sungai Qilah, Kedah. Penduduk Kedah ketika itu mendapati baginda adalah seorang yang terpelajar lagi bijaksana dan mereka telah mengangkat baginda menjadi raja Kedah yang pertama. Pemerintahan baginda berpusat di ibu negeri kerajaan Kedah lama iaitu Langkasuka.

Menurut sumber yang dipetik dari Hikayat Merong Mahawangsa dan Al-Tarikh Salasiah Negeri Kedah, telah dinyatakan bahawa Islam tiba di Kedah pada zaman pemerintahan raja yang seterusnya. Raja tersebut dikenali dengan nama Phra Ong Mahawangsa.


Sultan Muzaffar Shah (1136-1179)

Phra Ong Mahawangsa telah memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada Sultan Muzaffar Shah, hasil dakwah seorang saudagar Arab yang juga seorang pendakwah Islam yang bemama Syeikh Abdullah Rafae'i Qibrari yang telah singgah ke negeri Qalha atau kini lebih dikenali sebagai negeri Kedah Darul Aman dengan tujuan untuk berdagang.

Baginda mempunyai 3 orang putera iaitu:

Paduka Sri Sultan Muadzam Shah ibni al-Marhum Sultan Muzaffar Shah

Tunku Muhammad Shah ibni al-Marhum Sultan Muzaffar Shah

Tunku Sulaiman Shah ibni al-Marhum Sultan Muzaffar Shah

Sultan Muzaffar Shah merupakan raja Tanah Melayu yang pertama memeluk agama Islam.


Syeikh Tajred

Silat Kalimah telah diilhamkan dan dikembangkan oleh seorang saudagar arab yang diyakini berasal dari tanah besar Parsi. Nama saudagar itu ialah Syeikh Abdullah Rafae'i Qibrari, atau lebih dikenali sebagai Syeikh Tajred.


Merupakan Khalifah ke 30 bagi Tariqah Rifa'iyah.

Beliau telah berdagang hingga ke Ligor iaitu pusat perdagangan Islam yang pertama pada masa dahulu. Beliau telah singgah di sana dan menyebarkan agama Islam di Qalha (kini dikenali dengan nama Kedah Darul Aman) kira-kira 9OO tahun yang lampau. Pada ketika itu, Kedah berada di bawah pemerintahan Phra Ong Mahawangsa dan raja tersebut telah memeluk agama Islam dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah.

Sultan Muzaffar Shah amat tertarik dengan cara penyampaian dakwah Islam yang dibawa Syeikh Tajred dan telah melantik Syeikh Tajred menjadi penasihat di Istana Kedah. Syeikh Tajred kemudiannya berkesempatan mengajar seni mempertahankan diri yang diilhamkan daripada kaedah perbuatan dalam solat, kepada Sultan Muzaffar Shah.

Syeikh Tajred menyatakan bahawa seni Silat Kalimah mempunyai nilai mempertahankan diri yang tinggi, berbeza daripada ilmu mempertahankan diri yang lain. Kerana itulah apabila Sultan Muzaffar Shah menerima ilmu Silat Kalimah ini; ia telah dirahsiakan dan hanya diajarkan kepada keturunan kesultanan Kedah sahaja. Warisan diraja ini berterusan sehinggalah tiba kepada pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin, pada abad ke-19.


Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah (1804-1843)

Setelah sekian lama Silat Kalimah ini dirahsiakan daripada orang kebanyakan. Dengan kehendak Allah, pada abad ke-19, semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin, telah berlaku suatu penderhakaan di Sungai Tuntung, Krian. Ia dilakukan oleh seorang lelaki berketurunan Batak dari seberang, bernama Tuah (bukan Hang Tuah).

Penderhakaan tersebut gagal dibanteras oleh para panglima Kedah sendiri. Sehinggalah Sultan Ahmad Tajuddin mengambil keputusan untuk menurunkan ilmu Silat Kalimah ini kepada Panglima Tok Ismail. Ini bertujuan untuk membanteras penderhakaan Tuah daripada berterusan dan Panglima Tok Ismail mengambil masa 44 hari sahaja untuk khatam dalam pembelajaran.

Inilah rentetan peristiwa yang telah menyaksikan ilmu Silat Kalimah ini diturunkan kepada para panglima istana dan seterusnya orang awam.

Kini warisan Silat Kalimah ini masih diteruskan oleh kerabat Kesultanan Kedah sendiri, melalui anak perempuan Tengku Kasim ibni al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, iaitu Yang Mulia Tengku Aina. Beliau kini menetap di Taman Melawati, Ulu Kelang, Selangor. YM Tengku Aina telah tamat pembelajaran ilmu Silat Kalimah dan layak menjadi Gurulatih dibawah pimpinan Pak Guru Cikgu Azmi Long sendiri.


Bermulanya Silat Kalimah Di Bawah Panglima Tok Ismail

Setelah mempelajari ilmu Silat Kalimah yang diturunkan oleh Sultan Ahmad Tajuddin. Panglima Tok Ismail telah berjaya menangkap Tuah penderhaka. Tuah kemudiannya dibawa ke Kuala Krian dekat Tanjung. Di tempat inilah Tuah dihukum bunuh dan akibat peristiwa ini, tempat itu digelarkan dengan nama Tanjung Tuah sehingga sekarang.

Semasa Panglima Tok Ismail berumur 60 tahun, beliau telah menurunkan ilmu Silat Kalimah ini kepada Panglima Tok Ali dan Panglima Tok Hadi.


Panglima Tok Ali & Panglima Tok Hadi

Sekitar tahun 1854, berlaku satu peperangan di antara kerajaan Kedah dan kerajaan Siam. Panglima Tok Ali telah mengetuai bala tentera kerajaan Kedah diikuti oleh Panglima Tok Hadi dan Tengku Md Saad. Peperangan tersebut berakhir dengan kekalahan dialami oleh kerajaan Kedah. Akibat peristiwa ini Panglima Tok Ali telah berkecil hati dan bersumpah tidak akan memijak lagi bumi Kedah.

Kekalahan Kedah tersebut berlaku disebabkan oleh kecuaian Tengku Md. Saad yang secara langsung membuatkan Panglima Tok Ali membawa diri ke Batu Bara.


Panglima Tok Rashid

Panglima Tok Rashid dilahirkan di Sedaka Yan,Kedah pada tahun 1863. Beliau mempelajari ilmu Silat Kalimah ini daripada Panglima Tok Ismail sendiri. Semasa perkara ini berlaku, Panglima Tok Ismail pada ketika itu sudah pun lanjut umurnya, namun masih mampu untuk menurunkan ilmu dan ajaran Silat Kalimah ini kepada Panglima Tok Rashid.

Pada tahun 1890, telah berlaku satu wabak taun di Sungai Limau Yan, Dulang Besar dan Dulang Kecil. Pada tahun ini juga menyaksikan kehadiran penjajah Inggeris, maka Panglima Tok Rashid dan Panglima Tok Ismail membuat keputusan untuk berhijrah dari Mukim Dulang Yan ke Sungai Tuntung Krian.

Akan tetapi sebelum sempat berpindah, Panglima Tok Ismail telah meninggal dunia terlebih dahulu dan jasad Panglima Tok Ismail itu telah disemadikan di sebuah pulau yang terletak di negeri Kedah.

Panglima Tok Rashid kemudiannya telah mengajarkan ilmu Silat Kalimah kepada anak angkatnya iaitu Tok Guru Yahya Said dan turut serta ialah anak lelaki Panglima Tok Rashid sendiri iaitu Tok Bidin. Bukan itu sahaja, beliau juga telah mengajarkan kepada Tok Guru Yahya Said cara-cara membuat ubatan tradisional daripada akar kayu dan pokok-pokok herba di dalam hutan. Apabila Panglima Tok Rashid meninggal dunia, jasad beliau telah disemadikan bersebelahan kubur Panglima Tok Ismail.

Pewaris terakhir bagi Panglima Tok Rashid adalah anak angkat beliau iaitu Tok Guru Yahya Said dan Tok Bidin. Dikatakan kubur Panglima Tok Rashid dan Panglima Tok Ismail dikuburkan bersama - mengikut wasiat Panglima Tok Ismail dan Panglima Tok Rashid di sebuah pulau di utara Semenanjung Malaysia.

*Jika ada sesiapa mengetahui atau mengenali Tok Bidin serta ajaran Silat Kalimah yang dibawa oleh beliau. Sila hubungi Sekretariat Persatuan Silat Kalimah Malaysia di Johor Bahru.


Kisah Hidup Tok Guru Yahya Said

Beliau dilahirkan pada tahun 1903 di Kuala Kerian, Kedah. Tok Guru Yahya Said adalah anak angkat kepada Panglima Tok Rashid. Beliau bekerja dengan Panglima Tok Rashid sebagai seorang pembuat bendang, pembuat atap rumah dan pencari akar kayu untuk dijadikan adunan ubatan tradisional yang dihasilkan oleh Panglima Tok Rashid sendiri.

Pada tahun 1923, Tok Guru Yahya Said adalah orang awam kebanyakan pertama yang mempelajari Silat Kalimah daripada Panglima Tok Rashid. Rakan seperguruan Tok Guru Yahya Said adalah anak Panglima Tok Rashid sendiri iaitu Tok Bidin. Apabila tamat perguruan, beliau bekerja sebagai seorang anggota polis dan tinggal di Batu Kurau, Perak.

Pada tahun 1938, Tok Guru Yahya Said mula mengajar Silat Kalimah ini kepada para pemuda di Daerah Batu Kurau. Diantaranya ialah Haji Awang Salleh, Harun Haji Hussein, Md. Daud Tok Sujak dan Haji Baharin Haji Ludin dan ramai lagi. Pada tahun 1942, Yusof Misai dari Bagan Serai, Perak juga telah mempelajari seni Silat Kalimah ini.

Pada tahun 1949, Tok Guru Yahya Said telah menamatkan tugasnya sebagai anggota polis. Beliau mula aktif sebagai penjual ubatan tradisional dan menjualnya ke seluruh pelusuk Malaysia. Dalam pada itu, Tok Guru Yahya Said telah berkenalan dengan Yahya Abdullah@Yahya Masulin, Said Ali Abas, Pak Sawir Labeh, Haji Abu Malik dan Pak Mansor.

Pada tahun 1963, seorang pemuda yang bernama Cikgu Mohd. Zohdi telah berhasrat untuk mempelajari ilmu Silat Kalimah ini daripada Tok Guru Yahya Said sendiri. Kini beliau adalah Pak Guru Utama Silat Kalimah Yahya Said dan masih mengajar dan aktif di dalam mengembangkan Silat Kalimah di sekitar negeri Perak.

Pada suatu masa, Yang Berhormat Encik Mohd. Khir Johari telah menyatakan bahawa orang Melayu tidak mempunyai ilmu seni mempertahankan diri yang sebenar. Yang wujud hanyalah silat tari untuk menyambut pengantin dan hari perayaan. Bermula dari peristiwa inilah, Tok Guru Yahya Said berazam hendak membuktikan bahawa orang Melayu turut mempunyai seni mempertahankan diri yang benar-benar bercorak keislaman dan setanding dengan ilmu mempertahankan diri yang dimiliki oleh bangsa lain.

Pada tahun 1965, dua adik beradik iaitu Fadil dan Che Ngah telah mempelajari Silat Kalimah daripada Tok Guru Yahya Said.

Kemudian pada tahun 1966, Tok Guru Yahya Said mengembangkannya di Teluk Piai, Jalan Gunung Kriang kepada 20 orang pemuda, di Alor Merah seramai 20 orang. Semasa mengajar di Teluk Wan Jah, seramai 20 orang telah berguru dengan beliau, salah seorang daripada mereka ialah Ustaz Hanafi Bin Haji Ahmad yang merupakan pengasas dan Guru Utama Silat Cekak Malaysia.

Pada tahun 1968, Tok Guru Yahya Said telah mengajarkan ilmu Silat Kalimah kepada Pak Guru Azmi Long dan Cikgu Ridzuan Long hingga khatam. Tok Guru Yahya Said telah mengamanahkan Pusaka Parang Lading milik Panglima Tok Rashid kepada Pak Guru Azmi Long dengan harapan Silat Kalimah akan terus berkembang subur.


Pendedahan Kepada Media Massa Oleh Tok Guru Yahya Said

Pada 12 hingga 14 Julai, 1973, sebuah Konvensyen Silat Melayu Malaysia yang pertama telah diadakan di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang .

Tok Guru Yahya Said telah memberikan demonstrasi Silat Kalimah ini kepada para perwakilan dan dari peristiwa ini beliau telah menerima gelaran Mahaguru. Tok Guru Yahya Said telah diminta membuat kertas kerja yang lengkap mengenai Silat Kalimah ini.


Angkatan Tentera Malaysia dan Tok Guru Yahya Said

Parti Komunis Malaya (PKM : 1930-1989) telah membangkitkan keadaan darurat di Malaysia semasa dan selepas pemerintahan British antara tahun 1967 hingga 1989. Pak Yahya Said telah diketahui terlibat dalam membanteras kegiatan anggota PKM. Salah satu peristiwa berlaku di Ayer Keroh, dimana Pak Yahya Said berjaya mengatasi serangan dan kepungan PKM sehinggakan anggota komunis mengalah dan berundur.

Pak Yahya Said juga terkenal semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942 hingga 1945. Sehinggakan pihak tentera Jepun mencari beliau untuk mempelajari teknik 'mematahkan tangan serangan pedang'. Dan teknik ini dipercayai diserapkan ke dalam ilmu beladiri ketenteraan mereka.

Pada tahun 1974, pihak Pemerintah Angkatan Tentera Malaysia telah mengambil daya usaha menyelidik dan mempelajari kelebihan Silat Kalimah bagi kegunaan Angkatan Tentera Malaysia.

Maka pada tarikh 22 Mei, 1974. Seramai 3 orang jenderal, 5 orang kolonel dan 2 orang leftenan kolonel antaranya adalah Brigedier Jenderal Yusuf Din, Brigedier Jenderal Mohd Ghazali Bin Hj Che Mat dan Brigedier Jenderal Wan Ismail. Mereka telah belajar Silat Kalimah hingga tamat dibawah kelolaan Tok Guru Yahya Said sendiri.


Perjuangan Berterusan

Pada tahun 1979 pula, Pak Guru Utama Silat Kalimah iaitu Tok Guru Yahya Said telah menghembuskan nafas yang terakhir dan jenazah beliau dikuburkan di Batu Kurau, Perak.

Hingga kini, masih ada lagi penjual ubat yang mengenali Tok Guru Yahya Said iaitu Pak Mohamad Nasir di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kamaruddin dan Zubir Duyah di Terengganu serta Bustani di Kuantan, Pahang. Ismail di Kuala Perlis, Perlis serta Radin Salleh di Parit Yaani, Batu Pahat, Johor. Selain itu, sahabat Tok Guru Yahya Said yang masih hidup ialah Tok Penghulu Zakaria yang kini menetap di Johor Bahru, Johor.

Itulah kisah Tok Guru Yahya Said yang telah bertindak sebagai pengasas Silat Kalimah moden dan telah berjaya dalam cita-cita beliau untuk menyahut cabaran bahawa orang Melayu mempunyai seni silat yang tersendiri.


Bapa Guru Utama Silat Kalimah Malaysia: Pak Guru Azmi Long

Dilahirkan dalam enam adik beradik di Kedah pada tahun 1934. Dibesarkan oleh ibu beliau yang bernama Fatimah Binte Mohd. Said dan bapanya iaitu Long Bin Ishak yang bertugas di Pejabat Daerah Kulim, Kedah. Salah seorang adik kepada Pak Guru Azmi Long yang setia dengan perjuangan Persatuan Silat Kalimah sehingga akhir hayatnya adalah Allahyarham Cikgu Redzuan Long.

Menerima pendidikan Darjah 1 hingga 4, di Sekolah Melayu Kulim dan terpaksa berhenti belajar disebabkan oleh penaklukan tentera Jepun ke atas Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1944. Bapa Guru Utama Cikgu Azmi Long kemudiannya berjaya meneruskan pendidikan di Sekolah Ibrahim hingga Darjah 6.

Pada tahun 1952, beliau mula bekerja dengan British Army dan ditugaskan di bawah Royal Electrical Mechanical Engineer(REME) sehingga beliau memiliki Army British Gred 1 - Certificate of English, British Army.

Beliau menamatkan tugas dari British Army pada tahun 1959 dan memulakan hidup baru sebagai orang awam. Pada tahun 1960, beliau memulakan karier baru sebagai penjual ubat pil tablet (Gain Weight) iaitu pil bina badan. Dan disitulah bermulanya persahabatan dengan Tok Guru Yahya Said. Hasil dari perkenalan ini, akhirnya Pak Guru Azmi Long dianggap sebagai anak angkat oleh Allahyarham Tok Guru Yahya Said sendiri.


Warisan Terpelihara

Pak Guru Azmi Long terkenal dengan kemahiran tinju dan gusti semasa beliau berkhidmat untuk British Army. Tok Guru Yahya Said telah mendedahkan kelebihan gerak penangkap ilmu Silat Kalimah dan ini menarik minat Pak Guru Azmi Long untuk belajar. Perguruan tersebut berlangsung secara senyap tanpa pengetahuan sesiapa pun dan ia berlangsung setiap kali Cikgu Azmi Long dan Tok Guru Yahya Said bertemu di dalam perjalanan menjual ubatan tradisional ke serata tempat.

Sehinggalah pada satu ketika iaitu pada tahun 1968. Perhubungan yang rapat antara beliau dengan Tok Guru Yahya Said telah menyebabkan Tok Guru Yahya Said berhasrat untuk menurunkan sepenuhnya ilmu dan ajaran Silat Kalimah ini kepada beliau. Maka Pak Guru Azmi Long pun berguru sehingga tamat. Turut serta dalam perguruan ini ialah adik beliau sendiri iaitu Cikgu Redzuan Long.

Turut diwariskan kepada Pak Guru Azmi Long, sebilah Pusaka Parang Lading milik Panglima Tok Rashid sebagai bukti amanah untuk mengembangkan ajaran ilmu Silat Kalimah


Amanat Bapa Guru Utama

Bapa Guru Utama Azmi Long meninggal dunia pada tahun 2004. Mengimbas soal tanggungjawab yang membawa kepada penubuhan Silat Kalimah Malaysia, selaras dengan tujuan perguruan ini. Beliau telah mengingatkan perkara berikut, "Tujuan suci ini mestilah dipraktikkan selaras dengan harapan pemimpin kita didalam menuju wawasan negara."

Segala amalan dan ajaran hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya dengan melatih diri sendiri dahulu sebelum dikembangkan kepada keluarga, rakan dan kemudiannya, masyarakat. Amalan yang sihat pasti melahirkan generasi yang berdisiplin dan mewujudkan negara yang makmur.


" Berlapik Berlantai

Bentang Tikar Tiga Helai

Cari Yang Cerdik

Cari Yang Pandai

Cari Juara Di Tengah Balai

Barulah Kerja Tidak Terbengkalai "


Generasi ke -3, Silat Kalimah Malaysia: Cikgu Poi

Pak Guru Utama Osman bin Hj Mohd. Sidek atau lebih dikenali dengan nama Cikgu Poi.

Dilahirkan pada 4hb Mei, 1953 di Sungai Petani, Kedah. Seorang yang bercita-cita tinggi dalam mengembangkan Silat Kalimah. Sudah beristeri dan kini menetap di No.13, Lorong Tengah, Kampong Keda, Sg.Layar, Sungai Petani,Kedah.

Mula mempelajari Silat Kalimah bersama-sama Cikgu Hamid Man dibawah pengawasan Pak Guru Cikgu Azmi Long pada tahun 1970an. Telah dinaikkan peringkat dan menjalani upacara mandi limau, dilakukan oleh Tok Guru Pak Yahya Said sendiri. Rakan segelanggang beliau ialah Tuan Hj Yusuf Pulau Langkawi. Tuan Hj Yusuf telah membuka persatuan silatnya sendiri yang dikenali dengan nama Silat Solah, bertempat di Langkawi.

Buat masa ini, Pak Guru Utama Osman bin Hj Mohd. Sidek ada membuka gelanggang di Bukit Kecil. Dimana terdapatnya kaum keluarga Panglima Tok Ismail yang turut mempelajari Silat Kalimah, dibawah pengawasan Pak Guru Utama sendiri.

Merujuk pada sejarah penglibatan beliau. Pak Guru Utama banyak terlibat dalam mengadakan demonstrasi Silat Kalimah bersama Allahyarham Tok Guru Pak Yahya Said dan juga Pak Guru Azmi Long. Rakan segelanggang beliau ketika itu ialah Allahyarham Cikgu Hamid Man. Banyak peristiwa manis dan pahit telah dialami dan dirasai ketika bersama-sama Allahyarham Tok Guru Pak Yahya Said dan Pak Guru Cikgu Azmi Long.

Untuk menyara hidup beliau, Pak Guru Utama bekerja sebagai Jurulatih Sekolah Memandu JV Cergas di Lebuhraya Laguna, Sg. Petani, Kedah.

Sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang peribadi Pak Guru dan Silat Kalimah Malaysia secara amnya, bolehlah menghubungi beliau.


Bersamalah kita dengan wilayahnya Silat Kalimah,

"Silat Aku Silat Kalimah, Aku Silat Dalam Kalimah"

"Mengembang,Menyatu dan Hidup Bersama"

"Pakai Tak Pakai, Tak Pakai Pakai, Selagi Tak Pakai, Itulah Pakai"

Haji Abd Hamid bin Haji Hamzah

 

Haji Abd Hamid bin Haji Hamzah, lahir pada 1927 di Sungai Mati sebuah pekan kecil yang terletak lebih kurang 10 km daripada Bandar Maharani, Muar, Johor. Beliau mula mengembangkan ilmu persilatan Sendeng ini secara individu di peringkat awalnya sekitar tahun 1950-an dan kemudian menamakannya sebagai Silat Sendeng Muar seterusnya berkembang serta diterima ramai di Negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.


Haji Abd Hamid bin Haji Hamzah

Kelahiran 1927

Sungai Mati, Tangkak, Muar, Johor

Meninggal dunia 19 Mei 1990 (umur 62–63)

Bukit Kangkar, Sungai Mati, Tangkak, Muar, Johor

Pekerjaan Guru Silat


Aliran Kuntau Telok Mas, Melaka

Haji Abd Hamid telah mula berjinak-jinak dengan ilmu kependekaran pada tahun 1932, semasa berusia 5 tahun, dibawah asuhan dan bimbingan nindanya Haji Hassan bin Haji Mahat. Selama lebih kurang 10 tahun beliau telah mempelajari bukan sahaja sepak terajang silat malah seni dan tari silat serta cara menggunakan alat silat seperti pedang, keris, tumbuk lada, tek-pi, tembong, tongkat, tuas dan kerambit. Selain itu beliau juga turut mempelajari beberapa silat termasuk Silat Cekak, Belebat, Kuntau dan Silat Sembah.


Aliran Pukulan 7 Hari

7 tahun kemudiannya, lebih kurang pada tahun 1942, Haji Abd Hamid berguru pula dengan nindanya Haji Mohd Arif bin Shamsu. Beliau mengajar Pukulan 7 Hari kepada Haji Abd Hamid bersama beberapa orang dewasa seperti Pak Ngah Hassan dll. Haji Abd Hamid telah diuji dengan dipanggil naik ke rumah dan diserang dari belakang pintu. Serangan itu dapat dielak. Beliau mengakui Hj Abd Hamid boleh menjadi guru.


Aliran Sendeng

Seterusnya, pada tahun 1944, Hj Abd Hamid menuntut pula dengan nindanya Haji Taman bin Dagang. Dari Haji Taman, Haji Abd Hamid telah mempelajari Pukul dan Lapis Sendeng. Haji Taman sangat tegas dalam menurunkan ilmu. Setiap satu belebat yang diajar mengambil masa 6 bulan. Waktu itu Haji Taman mengajar Haji Abd Hamid secara bersendirian.


Ilmu Kerohanian

Bagi memantapkan ilmu keagamaan dan kerohanian pula, lebih kurang pada tahun 1945, Haji Abd Hamid telah berguru dengan Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim yang lebih dikenali dengan panggilan Kiai Salleh atau Panglima Salleh di Batu Pahat. Sebelum Panglima Salleh menerima Haji Abd Hamid untuk menjadi murid, beliau telah diuji terlebih dahulu dengan disuruh mengerjakan kebun selama 6 bulan. Hanya selepas 6 bulan barulah beliau bertanya nama Haji Abd Hamid dan dipanggil untuk diperturunkan ilmu-ilmu keagamaan dan kebatinan. Haji Abd Hamid telah berguru dan tinggal bersama Panglima Salleh selama 3 tahun iaitu dari tahun 1946 hingga 1949.

Sebelum dikhatamkan, Haji Abd Hamid telah diuji kefahaman tauhid oleh gurunya dengan disuruh beramal didalam gua disebuah Bukit di Parit Sulong untuk mendapat ilmu dari harimau jadian. Haji Abd Hamid yang faham dengan tujuan gurunya itu menolak dengan baik dan menyatakan lebih baik beliau beramal dimasjid. Panglima Salleh yang gembira dengan jawaban itu terus menyatakan bahawa Haji Abd Hamid telah layak untuk dikhatamkan. Menurut Allahyarham Haji Ismail bin Haji Hamzah, Haji Abd Hamid telah dikhatamkan didalam kelambu oleh Panglima Salleh untuk mengelak dari dilihat oleh murid-murid yang lain. Dari Panglima Salleh, Haji Abd Hamid telah menerima amalan ayat empat yang terus dikembangkan kepada ahli-ahli Silat Sendeng.

Selain daripada, guru-guru yang tersebut Haji Abd Hamid juga dikatakan telah berguru kepada guru-guru berikut yang diketahui:

Kiyai Mustahir, Pagoh

Panglima Lias, Pagoh

Hj Mohd Lip Bedu (Ilmu Tauhid)

Hj Abd Ghani, Jalan Daud, Muar

Dato Mohd Bakar (Kadi Besar, Johor)

Ustaz Sulaiman Sujak

Ustaz Ahmad Tunggal, Parit Sakai, Muar.


Disamping mengembagkan Seni Silat Sendeng, Haji Abd Hamid juga cenderung dan terkenal di bidang masa memasak. Selain daripada itu beliau pernah diamanahkan untuk menjadi Imam Masjid Jamek Bukit Kangkar, Sungai Mati, Tangkak serta Ketua Kampung, Bukit Kangkar, Sungai Mati, Tangkak.

Setelah hampir 58 tahun, beliau mengharungi liku-liku dan pahit manis belajar dan menggembangkan ilmu persilatan ini, demi mengekalkan kesinambungan warisan pusaka bangsa yang diwarisinyanya.


Meninggal Dunia

Pada tanggal 19 Mei 1990 bersamaan 23 Syawal 1410 Hijrah, Haji Abd Hamid telah kembali ke rahmatullah di rumahnya di Bukit Kangkar, Sungai Mati, Tangkak, Johor dalam usia 63 tahun.


Murid

Diantara, anak-anak murid Hj Abd Hamid yang aktif mengembangkan Seni Silat Sendeng adalah:-

Allahyarham Hj Ismail bin Hj Hamzah

Allahyarham Hj Ismail bin Sadin

Hj Rosmani bin Abd Samad

Allahyarham Hj Jamaluddin 

Silat Sendeng Malaysia

 

Seni Silat Sendeng Malaysia atau dahulunya dikenali sebagai Seni Silat Sendeng Muar telah diasaskan oleh Allahyarham Haji Abd Hamid bin Haji Hamzah di Sungai Mati, Muar, Johor. Beliau telah mewarisi pembelajaran Seni Silat Sendeng ini dari ninda-ninda beliau serta guru-gurunya yang lain yang terkenal dengan kehebatan ilmu kependekaran dan persilatan serta kerohanian mereka sejak awal abad ke-20 yang silam.

Perguruan ini merangkumi persilatan dari 3 aliran yang terkenal dizaman silam iaitu Kuntau Telok Mas, Pukulan Sendeng dan Pukulan Sendeng 7 Hari. Ketiga-tiga jenis aliran persilatan ini diajar secara berperingkat yang dinamakan Kuntau 3 bulan, Sendeng dan Sendeng 7 Hari. Setiap satu diperturunkan sama seperti aliran persilatan yang asal tanpa mengubah atau mencampur aduk permainan.

Bagi Kuntau 3 Bulan pelajarannya terdiri dari tari dan langkah silat Melayu yang asli seperti lela sembah, lompat tiong , lebah mengurap, lipat pandan dll, permainan senjata seperti keris, tumbuk lada , tekpi ,pedang , pedang–perisai dan tembong. Juga terdapat belebat kuntau , pecah(kata) ,pernafasan lean dan pukul selain dari tangkapan dan kuncian.

Dalam permainan Sendeng terdapat belebat, langkah dan pukul termasuk cara menyerang tangan kosong dan sparing. Permainan Sendeng 7 Hari lebih menumpukan kepada membaca gerak dan melapis pukul sendeng serta mengenali sasaran lemah pada lawan. Dalam peringkat ini cara bertahan atau menyerang tidak bergantung kepada lawan.

Pada 13hb Julai 2009 bertempat di Ledang, Johor, perguruan silat ini telah diistyharkan oleh YAB Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor, sebagai silat rasmi negeri Johor.


Pengertian Seni Silat Sendeng

Nama Seni Silat Sendeng yang diabadikan oleh Allahyarham Guru Utama Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah pada perguruan ini, mengandungi erti dan falsafahnya tersendiri.

Di tinjau pengertiannya sepintas lalu menurut ungkapan tersebut ialah : -

SENI - adalah kehalusan atau kelembutan gerak atau langkah yang tersusun ketika menggayakan atau melakukan sesuatu pergerakan jasmani.

SILAT - ialah ketangkasan pergerakan jasmani ketika mempertahankan atau menyerang sama ada bermain secara tangan kosong atau bersenjata.

SENDENG - merupakan adunan teknik pukulan dan taktik mengelak atau menyerang berposisi mengiring. Mendalami pengertian SENDENG yang menjadi teras perguruan ini, ia mencakupi ertikata yang amat luas baik dari segi istilah, fizikal mahupun rohaniah. Dari segi istilah perkataan 'Sendeng' terdiri dari dua sukukata yang dicantumkan iaitu 'SEN dan 'DENG'.

'SEN ' - singkatan dari perkataan ' Senggam ' bermaksud kedudukan yang kukuh, kuat dan rapi.

'DENG ' - (atau ' DING ' ) berasal dari perkataan ' Dinding ' iaitu tempat bertahan, tembok atau tempat perlindungan. Di sudut fizikal pula, kedudukan secara menyendeng ketika menunggu serangan dapat menyelamatkan tujuh bahagian anggota yang merbahaya (muka, halkum, dada, sudu hati, rusuk , perut dan kemaluan.Di mana setiap bahagian sasaran utama yang menguntungkan lawan telah dikawal rapi. Dengan cara ini juga akan memudahkan pesilat untuk menggorak langkah sama ada maju ke hadapan, mengundur dan membuat buangan atau menepis.

Manakala dari segi rohaniah kedudukan menyendeng dikatakan selamat dari ancaman 'permainan jauh ' dan seandainya kena hanya sipi dan tidak tepat kerana ternyata tempat yang hendak di 'tujui' nya (seperti jantung, ulu hati dan kemaluan) telah terlindung oleh bahu malah tidak dapat ditembusi kerana digalang oleh rahsia ' Lam Alif ' yang terjadi pada bentuk badan bila berkeadaan mengiring. Lagipun turun naik nafas yang menjadi panduan utama keberkesanan ' permainan jauh' itu sukar untuk dikesan.

Oleh yang demikian itu kedudukan 'Sendeng ' merupakan salah satu cara unutk melepaskan, mematikan, membuang dan menepis sebarang bentuk 'musibah' yang menghampirinya kerana falsafah sendeng ada menyatakan "capai sebelum sampai dan bunuh sebelum hidup".


Falsafah & Konsep Seni Silat Sendeng

Mendahului serangan

Pada masa dahulu pembelajaran Seni Silat Sendeng lebih menumpukan kepada aspek seni beladiri ataupun lebih dikenali sebagai “pukul”. Berdasarkan prinsip, menyerang adalah sebaik-baik belaan, latihan-latihan Seni Silat Sendeng pada ketika itu lebih menjurus kepada memahirkan teknik-teknik mendahului serangan musuh. Prinsip ini diterjemahkan di dalam bentuk teknik beladiri yang 99 peratus menyerang dan 1 peratus menunggu.

Dalam ertikata lain, pesilat sendeng amat jarang menunggu serangan sebaliknya memintas serangan musuh berdasarkan isyarat yang dipamerkan oleh musuh yang bersedia untuk menyerang.

Isyarat ini juga disimpulkan di dalam falsafah yang berbunyi "Dalam terang ada cahaya, dalam kilat ada kilau, dalam seni ada halus, dalam silat ada silau,dalam gayang ada gerak, dalam gerak ada bayang."

Pesilat Sendeng akan dapat mendahului serangan setelah 'masak gerak' iaitu kemahiran untuk mengenal punca punca gerak ataupun ibu gerak samada pergerakan tangan, kaki ataupun mana-mana bahagian tubuh. Secara khusus, pergerakan halus dikenali sebagai gerak manakala pergerakan kasar pula dikenali sebagai gayang.

Bagi membolehkan pesilat sendeng mendahului serangan lawan, beliau perlu memahami konsep ibu pukul serta menguasai teknik memati gerak dan memati pukul. Konsep mendahului serangan diterangkan melalui falsafah yang berbunyi "Gerak engkau gerak aku, mula engkau aku tiba, langkah engkau gayang aku, serangan kau makanan aku." Ini bermakna lagi pantas musuh menyerang lagi pantas kita serang.

Dalam keadaan musuh menyerang dengan pantas kita matikan serangannya. Sebab itulah walaupun pada dasarnya pihak lawan cuba menyerang dahulu tetapi pergerakan lawan itu dapat dipintas dan akhirnya pesilat Sendeng yang memukul.

Selain daripada itu, pesilat Sendeng juga perlu mempunyai keberanian dan dapat mengunakan akal yang waras semasa menghadapi sesuatu serangan. Saat menghadapi musuh ini disimpulkan didalam falsafah yang berbunyi 'Gerak, gayang, pantas, berani, berakal'. Gerak dan gayang pada musuh tapi pantas, berani dan berakal pada kita.

Konsep mendahului serangan bertujuan untuk menghapuskan punca ancaman seperti yang ditekankan di dalam falsafah Sendeng yang berbunyi "Yang memukul itulah di pukul, yang menyerang itulah yang diserang, yang menyakitkan itulah yang disakitkan."

Akhirnya, seorang pesilat Sendeng yang telah benar-benar mahir dan memahami konsep mendahului serangan akan mencapai tahap dimana "Penamat belajar mengelak, tak payah mengelak, penamat belajar menepis, tak payah menepis” dan "Capai sebelum sampai dan bunuh sebelum hidup."


Pergerakan Relatif

Sendeng dalam erti kata lain juga bermaksud ialah sandar. Pukulan Sendeng yang dilakukan secara lazimnya menyandar atau menumpang kepada kekuatan, kelajuan, kemarahan dan kemaraan pihak lawan.

Falsafah Sendeng berbunyi 'cepat datang cepat pula jatuh, besar yang datang besar perginya'. Falsafah ini mengariskan konsep di dalam Seni Silat Sendeng di mana pesilat membela diri secara relatif dengan menggunakan kekuatan dan kepantasan pihak lawan.

Terdapat juga falsafah Sendeng yang berbunyi "Kalau dia datang sekati kita beri dia dua kati. Dia datang sepikul, jatuh dua pikul, kita sepikul dia sepikul."


Pergerakan yang hidup

Di dalam Seni Silat Sendeng setiap teknik pergerakan adalah hidup seperti falsafah yang berbunyi 'tangan itu yang menumbuk dan tangan itu juga yang menepis'. Setiap serangan yang dimulakan ia akan berlapis-lapis sebab pesilat sendeng dilatih melakukan dua kerja serentak.

Falsafah Sendeng menekan pergerakan yang hidup "Ada datang ada pergi, ada hidup ada mati, ada sakit ada ubatnya, ada tumbuk ada penepisnya, ada tangkap ada pelepasnya dan ada kunci ada pembukanya."


Praktikal

Teknik beladiri di dalam Seni Silat Sendeng lebih menekankan kepada cirri-ciri praktikal dan keberkesanan. Ini digambarkan oleh falsafah yang berbunyi "Sendeng itu permainannya buruk tetapi kenanya bonyok. Pukulnya hodoh, kena lodoh." dan "Pukul sendeng datangnya tak tegak tetapi kenanya tepat."


Haram di sentuh

Sendeng juga mengamalkan falsafah 'haram di sentuh'. Haram bukan dari segi agama tetapi haram yang dimaksudkan ialah tidak dibenarkan sama sekali pukulan sendeng disentuh atau ditangkap. Bagi Seni Silat Sendeng pukulan lebih pantas dari kunci kerana pukul sendeng bukan pukul bermalam dan diterangkan di dalam falsafah berbunyi "Belum sempat nak tangkap dah terlepas, sorong kena tarikpun kena."

Sesuai dengan peredaran masa dan undang-undang, kaedah pembelajaran Seni Silat Sendeng kini telah dirombak dan disusun semula. Berdasarkan konsep, teknik dan adab aliran kuntau, sendeng dan pukul 7 hari, Seni Silat Sendeng kini telah diadun menjadi satu sistem seni beladiri yang berkesan, praktikal, selamat, menjimatkan masa dan pergerakan, disamping menekankan aspek kecergasan fizikal dan mental serta memupuk sikap-sikap positif seperti displin diri, sabar, berlapang dada dan bersungguh-sungguh di dalam setiap pekerjaan.


Adab dan Tatacara 

Silat dalam ertikata yang luas tidak sahaja terhad kepada seni beladiri semata-mata malahan mengandungi cirri-ciri warisan budaya yang telah diwarisi turun-temurun oleh masyarakat Melayu sejak beratus tahun yang lalu.

Disini dipaparkan sebahagian dari tatacara dan warisan tersebut yang menyentuh adab belajar, rukun perguruan, tatacara berpakaian dan peralatan gendang silat.


Adab Belajar

Sebagai salah satu daripada warisan budaya Melayu yang berlandaskan syariat Islam, Seni Silat Sendeng amat menekankan adab-adab yang seharusnya diamalkan semasa mempelajari dan mempraktikan Seni Silat Sendeng. Adab belajar disimpulkan oleh Haji Abdul Hamid melalui kata-kata berikut:-

"Kalau menuntut hendakkan berkat, biarlah timba mencari perigi bukannya perigi mencari timba. Kerana setinggi manapun ilmunya tetapi tiada berkat, ibarat keris yang tidak berbisa,kalau kena pun tidak memberi mudarat. "

"Orang yang berakal itu akan berfikir ketika diam dan orang yang berfikir itu akan ingat sampai bila-bila."

"Belajar dengan tidak berfikir adalah bahaya dan berfikir tanpa belajar akan kecundanglah kita."

"Biar pahit di gelanggang tetapi manis di luar gelanggang."


Rukun Perguruan

Rukun atau dasar asas di dalam Seni Silat Sendeng Malaysia ialah:-

Mentaati perintah Allah dan rasul, anjuran dan suruhan Nya serta menghindari segenap larangan dan cegahan serta yang dicela Nya.

Menyantuni kedua Ibubapa, Guru-guru, Jurulatih (lama dan baru), keluarga tua, sebaya dan muda serta rakan seperguruan.

Memelihara maruah dan kehormatan Seni Silat Sendeng Malaysia dan kerukunan hidup kekeluargaan dan kemasyarakatan.

Menjauhi sifat-sifat takbur, ujub, riak, hasad sesama insan dan menghindari dari pertelagahan sesame seperguruan dan berlawan dengan orang lain, melainkan dalam keadaan terdesak dan tercabar.

Menghormati budaya Silat Melayu yang lain serta seni bela diri bangsa asing.


Permainan Gendang Silat

Penggunaan bunti-bunyian atau muzik (gendang) memang wujud sejak dahulu lagi. Muzik digunakan untuk mengiringi latihan, persembahan serta majlis adat istiadat.

Di dalam Seni Silat Sendeng, kumpulan muziknya terdiri dari empat orang iaitu dua orang daripadanya memukul gendang (gendang ibu dan gendang anak), seorang meniup serunai dan seorang lagi memalu gong. Terdapat tiga irama atau rentak asas yang dimainkan semasa mengiringi persembahan seni silat sendeng iaitu :-

Gendang Rentak Inai

Gendang Rentak Pahlawan

Gendang Rentak Sendayung

Pentadbiran PSSSM

Secara ringkasnya struktur pendatbiran PSSSM adalah seperti berikut:-


Majlis Tertinggi PSSSM

Majlis Tertinggi PSSSM adalah jawatankuasa peringkat tertinggi yang dianggotai oleh ahli-ahli yang dipililh semasa Muktamar Dwi-Tahunan PSSSM. Ia berfungsi sebagai satu badan yang mengelolakan pentadbiran diperingkat pusat dan memberi kuasa kepada Jawatankuasa Kerja PSSSM Negeri untuk menguruskan pentadbiran PSSSM peringkat negeri-negeri. Ia juga memberi kuasa kepada Majlis Guru PSSSM untuk menguruskan hal ehwal berkenaan perguruan Seni Silat Sendeng termasuk sukatan matapelajaran, pentauliahan jurulatih dan adat istiadat persilatan.


Majlis Guru PSSSM

Berlainan, dengan Majlis Tertinggi PSSSM, Majlis Guru PSSSM dianggotai oleh ahli-ahli PSSSM yang dilantik khusus dari kalangan ahli-ahli yang benar-benar arif berkenaan selok belok persilatan Seni Silat Sendeng. Fungsi utama majlis ini adalah untuk memastikan mutu dan keaslian Seni Silat Sendeng yang dikembangkan terjamin dan terpelihara.


Jawatankuasa Kerja PSSSM Negeri

Diperingkat negeri, pentadbiran PSSSM adalah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Kerja PSSSM Negeri yang dipilih dari kalangan ahli-ahli PSSSM disetiap Mesyuarat Agung Tahunan PSSSM Negeri yang diadakan pada setiap tahun.


Pertandingan Seni Silat Sendeng

Pertandingan Silat Seni

Sejak tahun 1997, PSSSM telah menganjurkan pertandingan silat seni untuk displin Seni Silat Sendeng dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia sebagai sebahagian daripada acara didalam Kejohanan Seni Mempertahankan Diri – Rakan Wajadiri yang diadakan pada setiap tahun. Seramai 12 orang ahli-ahli PSSSM yang berumur 16 tahun keatas akan dipilih sebagai peserta dan pegawai untuk mewakili setiap negeri bagi merebut pingat didalam 12 kategori yang merangkumi pelajaran-pelajaran tangan kosong atau mengunakkan alat-alat silat Seni Silat Sendeng yang dipertandingkan secara format persembahan.

Pertandingan “Sendeng Full Contact” Pada tahun 2001, PSSSM telah menggubal sejenis pertandingan berbentuk tempur yang dikenali sebagai “Sendeng Full Contact”. Pertandingan bentuk ini khusus untuk ahli-ahli PSSSM yang berumur 18 tahun ke atas dan dipertandingkan menggunakan konsep kutipan mata. Pertandingan “Sendeng Full Contact” yang pertama telah diadakan di Kuala Lipis, Pahang.

SEJARAH PERSILATAN MELAYU DALAM KITAB PUSAKA SRI GAYONG PANGLIMA ULUNG

  HAKCIPTA: BLOG PANGLIMAULUNG.BLOGSPOT.COM SEJARAH  PERSILATAN  MELAYU  DALAM  KITAB  PUSAKA Adapun mengikut hikayat persejarahan lama dala...